Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 26, 2010

C.o.lo.u.r.f.u.l R.a.i.n.b.ow.


Salam..
Kembali berblogging setelah agak sepi lantaran kerja yang menimbun banyaknye... biasalah hujung tahun... Colourful Rainbow in my heart.. Kenapa Rainbow?? Bukan Sunshine (tidak refer kepada encik sunshine milik ja'are) atau Eclipse atau Hujan atau Fenomena Alam yang lain... Rainbow kan ada banyak warna.. 7 warna semuanya dan setiap warna itu mewakili apa saya yang saya alami dan rasai ketika ini...bercampur baur semuanya.. tp saya rasa warna merah yang menyala-nyala itulah yang paling banyak mewarnai hati saya ini.. hehehehe..setakat ini sahaja coretan buat kali ini... semoga warna merah itu kekal dan terus mewarnai hati dan jiwa saya hingga ke akhirnya..amin..
sekian.. fad roy...

Wednesday, November 24, 2010

M.y. I.n.t.e.r.e.s.t

Salam..
Sekarang saya gila la tgk 'Slam Dunk'.. Hari-hari tgk 'Slam Dunk' bila balik dr kerja.. Hilang penat dan segala tekanan yang ada di dalam minda saya ni.. Byk benda yang boleh dipelajari daripada cite ni... Oklah, sekian saja...

.. fadroy..

Monday, November 15, 2010

F.i.r.s.t T.i.m.e

Salam..
Raya Qurban tahun ini mencatatkan sejarah yang tersendiri kerana buat kali pertama saya memang betul-betul beraya di Perantauan.. Perantauan? Bolehlah dikatakan Perantauan kerana saya berhari raya di Putrajaya.. Jauh dari kampung halaman yang terletak di Johor Bahru.. Berkobar-kobar semangat nak masak rendang ayam malam raya ni... hehehe.. first time masak rendang ni... Menu untuk hari raya ni ialah rendang ayam, sambal kacang dan nasi himpit... menu tambahan ialah roti gulung hotdog... Harap-harap menjadilah semuanya.. InsyaAllah...

30 d.a.y.s of H.a.p.p.i.n.e.s.s

Salam


1. Say Thank You today and every single day forward.. (InsyaAllah)
2. Look for the best and signify its awesomeness..
3. Perform the good deeds first..
4. Apologize and forgive yourself at once..
5. Be calm before responding to critism and anger..
6. Be attentive to loved ones.
7. Be generous.. (Must!)
8. See the best in people.. Dont be prejudice..
9. Learn to accept...
10. Share good ideas with others..
11. Celebrate special occasion together..
12. Dont be judgemental and start new friendship..
13. Change Yourself..
14. Respect other people's feeling..
15. Always maintain confidentiality..
16. Appreciate all contributions..
17. Praise spontaneously..
18. Forget the past.. Focus on the future..
19. Be assertive, and dont feel guilty about it..
20. Overcome sadness/ melancholy/ regret..
21. Avoid power struggle..
22. Clear the heart of revenge
23. Stop destructive criticism...
24. Accept and respect a person as he is...
25. Give encouragement...
26. Use positive and motivational words / phrases..
27. Laugh, make jokes and be jovial...
28. Give present (I like to accept!)
29. Spread happy news around..
30. Be content and thankful..
Sekian.. fadroy...

D.o.n.t B.e S.a.d ...

Salam..




"Dont be sad.. You have two ears, lips, two hands, two legs, a tougue, a heart, peace, safety and a helathy body. You have the true Religion to live by,a house to live, rice to eat, water to drink and clothes to wear..

"Dont be sad.. If you are poor, the someone else is immersed in debt, If you do not own your own means of transportation, then someone else has been deprived of his legs. If you have reason to complain concerning the pains of sickness, them someone else has been bedridden for years..

"Dont be sad.. everything occurs according to preordainment and according to what has been decreed. And nothing happens in the Universe except through Allah's Knowledge, Permision and Devine Plan..

"Dont be sad.. Because your sadness pleases your enemy, angers your friend and make the jealous rejoice.."

"Dont be sad.. Because it causes the hearts to contract, the face to frown, the spirit to weaken and hope to vanish..."
"Dont be sad.. Sadness causes you to imagine poison when you are looking at pure water, to see a cactus when you are looking at a rose, to see a barren desert when you are in an unbearable prison when you are living on a vast and expansive earth...

sekian.. fadroy...


Sunday, November 7, 2010

I.k.l.a.n S.e.b.e.n.t.a.r

Salam..

Several posts in this blog has to be removed due to several circumstances.

Sekian... fadroy...

Sunday, October 31, 2010

H.a.d.i.a.h I.s.t.i.m.e.w.a & B.e.r.m.a.k.n.a

Salam


Hari ini masih di dalam mood hari jadi walaupun sudah 2 hari hari jadi saya berlalu... Semalam seorang teman telah menceriakan hari saya dengan memberikan saya 2 buah hadiah yang amat bermakna dan istimewa dalam hidup saya.. Alhamdulillah.. Saya menerima senaskhah Al-Qur'an dan CD Maher Zain yang bertajuk "Thank You Allah"... Teman tersebut seakan-akan dapat membaca pemikiran dan naluri saya yang amat menginginkan keduanya.. Kepada teman yang sungguh istimewa tersebut, jutaan terima kasih diucapkan di atas pemberian yang sungguh bermakna ini.... Semoga perkenalan ini berkekalan hingga bila-bila.... dan akan ku jadikan pemberianmu yang istimewa ini sebagai bekalan sepanjang hayatku... dan akan kudoakan kesejahteraanmu di dunia dan akhirat...
sekian.. fadroy...

Saturday, October 30, 2010

T.h.a.n.k Y.o.u!!!



Salam


Masih di dalam mood hari jadi lagi.... Terima kasih kepada kawan2 yang sudi wish happy birthday kepada saya sama ada via fb, call or sms ... and thanks juga kpd seseorang yg istimewa yang telah menghadiahkan saya sesuatu yang idamkan lately... one more thing... pada hari yang bersejarah itu, saya telah memasak untuk housemate2 yang saya kasihi lunch... aik terbalik pulak.. saya yang meraikan diorang nampaknya...

semoga Tuhan memanjangkan usiaku dan memurahkan rezekiku.. amin..

sekian... fadroy...



Friday, October 29, 2010

A.d.v.a.n.c.e.d B.i.r.t.h.d.a.y

Salam..
My birthday is tomorrow but ada kwn-kwn buat celebration untuk saya... Almaklumlah birthday saya jatuh pada hari cuti... TQ so much untuk my officemate in Finance Department... and my buddies.. Sue, Hazell and Syasya... Semoga apa yang saya hajati diperkenankan olehNya...
Again... Tq very much atas ingatan kalian... Happy Birthday ke 27 Fadroy...
Sekian.. fadroy...

Tuesday, October 5, 2010

C.o.n.f.u.s.e.d & P.u.z.z.l.e.d. ?

Salam....



That's what i am feeling right now.. Everyday and every night.. Ya Allah, give me Your Guidance along the way..
sekian.. fadroy..



Sunday, September 19, 2010

A.i.d.i.l.f.i.t.r.i






Salam..

Sedikit gambar-gambar saya dan famili ketika menyambut aidilfitri di johor bahru..
sekian.. fadroy...

Tuesday, August 10, 2010

R.a.m.a.d.h.a.n D.a.t.a.n.g. L.a.g.i


Salam...

Salam Ramadhan buat kwn2.. Bygkan sekiranya Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir untuk kita? Semoga kita menggunakan Ramadhan tahun ini untuk beribadat kepada Yang Maha Esa... Pohonlah apa saja yang kita hajati kepada Yang Maha Esa dengan hati yang ikhlas.... Semoga hajat kita diperkenankan olehNya.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
p/s : Rindunya nak menyambut Ramadhan bersama famili di kampung..
sekian... fadroy...

Sunday, August 8, 2010

I'm. W.e.a.r.i.n.g G.l.a.s.s.e.s?

Salam

Sy akan memakai kaca mata... Mahu tidak mahu sy kene pakai juga.. Mata sy semakin tidak nampak sejak akhir-akhir ni.... Sebelum ni, sy tahu sy rabun tetapi sy degilkan diri sy untuk tidak memakai kaca mata... Sy rasa lain la pakai kaca mata... Dulu masa kecil, sy nak sgt pakai kaca mata... Yelah, org berkaca mata nampak bijak kan? Itulah kenyataannya.. Tgklah PM-PM kita, most of them pakai kaca mata... Allah dah makbulkan keinginan sy sekarang ni.. Tp smlm bila buat kaca mata, lebih 20 frame sy try, semua nmpak x kene bg sy.. sy nmpak tua la pakai kaca mata.... lastly, sy pilih kaca mata POLO.. harga ok... takla mahal sgt... kata tauke kedai tu, rabun saya nampak serius... lagi serius kalau tak pakai kaca mata... lps ni tudung nmpak kemot.. tak la melengkung cantik seperti skang ni... lepas buat cermin mata tu, sy asik tgk org yg pakai kaca mata yg ada di sekekliling sy.. dorang nmpak ok jer.. sesuai jer kaca mata dgn dorang... mungkin ini agaknya perasaan org yg pertama kali memakai kaca mata... so, dengan pemakaian kaca mata ni, officially sy ialah org ke-empat yg memakai kaca mata selepas 3 adik perempuan sy...
sekian, ....fadroy...

Thursday, July 29, 2010

T.a.h.n.i.a.h. S.a.z.a.


Salam...
Saya kembali lagi setelah lama sibuk dengan rutin dan kerjaya... ada berita baik!!.. kawan baik sy telah selamat melahirkan anaknya... Alhamdulillah.. sazaizah abu bakar namanya... dia telah selamat melahirkan anak sulungnya .. lelaki.. pada 27.7.2010.. saya kenal sazaizah masa semester kedua diploma di Uitm segamat.. kami sekepala... dia seorang rakan dan pendengar yg baik... perkenalan kami juga unik.. bertemu semasa di surau... tu yang kekal smpai skang..hehehe.. sy menjadi pengapitnya ketika dia naik pelamin tau... so, lepas ni sazaizah lah kene jadi pengapit sy kalau sy naik pelamin?? InsyaAllah... gambar di atas ialah ketika saza naik pelamin bersama sy, zuryn dan imah

Kepada sazaizah yang kusayangi... tahniah.. semoga saza menjadi ibu yang mithali dan mendapat anak yang soleh di samping keluarga yang bahagia.. fadi mendoakannya.. doakan fadi juga ye saza... Amin..
p/s :sorry fadi tak dpt tgk saza skang ni... insyaAllah nanti fadi pg dgn imah, zuryn , zizie..

Friday, July 23, 2010

P.a.r.e.n.t.i.n.g S.k.i.l.l : N.a.n.n.y 9.1.1.

Salam..

Parenting skill? Yes.. Parenting skill!!!.. everyone needs parenting skill without any exception... jd, sebagai permulaan tgklah cerita nanny 911... cerita ni reveal every words and phrases in parenting dictionary... every friday, 8.30 pm at channel ntv7... tak rugi tgk... meskipun kita belum ada anak lg... boleh dijadikan bekalan di masa hadapan... hehehe...these 3 cute women is very talented and well trained to handle all kind of children..
happy watching...
sekian.. fadroy...

Sunday, July 18, 2010

T.a.h.n.i.a.h. P.o.j.a.n & M.i.l.a.h & U.m & F.a.h.m.i !!

Salam..

Congratulation to Fauzan Amin bin Misnun dan pasangannya Wan Nur Azila (Milah) kerana telah selamat mendirikan rumah tangga yang bahagia pada 17 Julai 2010 yang lalu... Fauzan is my batchmate (kitorang ada 10 orang) yg sama masuk JPM... kiranya sekarang ni 9 dah selamat dah.. tinggal seorang jelah ye... ???

dan

Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Um liyana dan pasangannya Fahmi kerana telah selamat mengikat pertunangan yang suci murni pada 17 Julai 2010 yang lalu... Um is my batchmate tp different ministry... Um ni juga ialah rakan satu interview masa nak apply jd lecturer uitm dulu... hehehe... kelakar bila ingat masa interview tu.. hehehe.. and also Johorian like me...

Tahniah for both of the couple... So, who is next??

Sunday, July 11, 2010

S.h.e.i.l.a M.a.j.i.d - A.w.e.s.o.m.e !


Salam..
Sy peminat setia Sheila Majid.. Sy ada koleksi cd dan kaset Sheila... Kebanyakan lagu-lagu dia pun sy suka... Tp lagu yg paling sy suka ialah "Cobalah bertahan"... Semalam baru sy dapat tahu rupanya ada concert sheila majid kat angkasapuri this coming friday nite (16 July 2010) ...seronoknya... tp last-last minit mcmni ada lagi kah tiketnya?? lagi2 artis undangannya anuar zain... haruslah ramai yg mencari tiketnya... tp sy dah minta officemate ambilkan tiket kat angkasapuri... harap2 adalah... frust sy kalau sy gagal dpt tiketnya... gamaknya mlm 16.7.2010 tu nanti ada yg menangis dlm bilik smbil dgr cd n kaset sheila majid...
Sy tinggalkan di sini lirik lagu "Cobalah Bertahan" yg amat sy minati... Cobalah Bertahan merupakan sebuah lagu yang mengambarkan kegigihan dalam mempertahankan keutuhan sebuah perhubungan. Perhubungan dlm konteks lagu ni bukan sekadar perhubungan with 'significant others' tetapi perhubungan antara kawan2 dan sesiapa sahaja tau.. Sheila berjaya menyanyikan lagu ini dengan baik. Saya kira lagu ini lebih santai dan strings menjadikan lagu ini lebih sedap didengar. Saya tertarik dengan lirik lagu ini yang lebih positif dan menerapkan unsur kasih-sayang yang cuba dipertahankan.
Cobalah bertahan by Sheila Majid

Lihat dan pandangi disana
Sepasang merpati terbang
Bercengkrama diatas ombak
Birunya lautan

Lihat jua dan renungkanlah
Kumbang setia pada mawar
Walaupun tertusuk durinya
Tak pernah menyerang

Reff:
Yang kuinginkan
Kita berdua
Saling menjaga
Semua yang ada
Meski ku tahu
Tak mungkin s’lalu sama

Perbedaannya kelak ada
Tak mungkin hilang
Sekejab mata
Coba bertahan
Bertahanlah sayang

Lihat dan pandangi disana
Sepasang merpati terbang
Bercengkrama diatas ombak
Birunya lautan
(Lagu & Lirik oleh Icha Jikustik)
Sekian.. fadroy...

Friday, July 9, 2010

R.i.l.e.x.

Salam..

Need a vacation to Johor Bahru to release all my stress...

Wednesday, July 7, 2010

S.p.e.c.i.a.l D.e.d.i.c.a.t.i.o.n f.o.r F.a.r.a.h & B.a.k

Salam...

Happy Birthday to Farah & Bak... Farah celebrate her 23rd birthday today (8 July 2010) and bak celebrated his 58th birthday on 6 July 2010... Harap-harap keduanya happy n diredhai oleh Allah swt...

Farah ni degil sikit.. Adik kedua daripada 5 org adik beradik selepas saya... Beza umur sy dan dia 4 tahun... tp dia nampak matured n lebih tua dari umur dia... dulu kalau masa kecil2, kalau kene rotan dgn bak, sy sembunyi belakang dia.. hehehe.. sy ni kakak tp sy lindung belakang adik.. apalah? hehehe.. dia ni kuat dpd sy... tp sy lagi rajin belajar.. hehehehe.. n farah ni suka pau sy topup... takpelah... tp dia ni baik hati.. kalau dia ada duit dia akan belanja org2 kaw-kaw punya... tp kalau dia sengkek... kakak sulungnya yg comel itu akan dicarinya... dia ni buat kerja rumah malas sikit tp bab2 masak dia rajin... sedap dia masak... tp bila nak mengemas after msk tu, dia liat sgt.. belajar pun sama... mls nak belajar... tp dia cpt tangkap apa yg dia blajar... ingat lagi masa dia nak amik spm... esok nak spm baru study.. pukul 12 tgh mlm br abis cover form 4 punya topic n dia rileks ajer... dia ni kaki shopping.. kasut n baju dia sume branded.. "MNG" cardigan tu belambak2.. patutlah slalu minta duit kak dia yg cute tu.. buat shopping ye.. kakak dia nak beli brg pun pusing kedai 2 3 kali tau... kasut dia jgn ckplah.. sume yg selesa2.. takpelah... siapa tak nak keselesaan kan? farah ada byk strength yg sy tiada.. farah seorang yg rileks n tak gabra... sy tiada sifat sebegitu... sy ni pemikir orgnya... lagi satu farah ni kurus... sy bukan tiada strength sebegitu tp belum lagi masanya agaknya.. hehehe.. kurus itu menawan kan?? tp sy ada satu strength yg farah tiada... farah boros dan sy tidak...

kita cite psl bak pulak.. bak garang orgnya tp hati dia lembut.. byk berkorban untuk anak2... dulu kecik2 kalau ada silap, dia akan bg nasihat tp kalau dah nasihat pun x mkn juga.. apalagi sebat la jwbnya... hehehehe.. tp sy memang degil masa kecik2 dulu... masa kecik2 bak selalu teman kitorang adik beradik belajar.. ingat lagi kenangan belajar dgn bak kat meja makan... bak tgk kitorang belajar n check kerja sekolah kitorang.. kenangan blajar kat meja makan kekal smpai skang... dulu masa sy nak beli meja mkn pun sy beli yg 6 seat rather than 4 seat (housemate masa tu ada 3 org jer-agak tak berbaloi kalau beli 6 seat)... sebab teringat blajar kat meja mkn dgn bak n farah... seronoklah suasana tu...sy ckp dgn min - ex housmate sy.. meja mkn 6 seat ni boleh sy gunakan untuk ajar n teman anak2 sy buat kerja sekolah nanti... bak ajar semua subject sekolah rendah masa tu kecuali lukisan.. hehehe... lukisan mak sy yg ajar... ops bukan ajar, tp buatkan.. hehehe.. bak ada inisiatif untuk ajar kitorang... bak belikan buku-buku latihan dari bookstore n jadikan buku2 latihan sbg exam untuk kitorang.. siap mcm kat sekolah lagi.. siap ikut timing lagi... teringat zaman balajar dgn bak... pernah satu hari tu, sy dpt markah 66% untuk subject math standard 4.. sy tak beri bak tgk tp sy sembunyi bawah almari.. bak dpt jumpa!...apalagi kene sebatlah sy.. bukan sbb dapt markah rendah tp sy dihukum kerana sy cuba tipu bak... cuba menyembunyikan kebenaran dr ayah sy... dulu bak aktif masa dia muda... aktif maksudnya suka spend time masa dgn kitorang... ajak berkelahlah, shoppinglah.. tp sejak dah berumur ni bak tak suka jalan sgt... bak pun dah tak byk ckp dgn anak2 skrg (walau pd hakikatnya bak suka berckp)... mungkin bak dah penat agaknya... plan nak jumpa bak n famili this monthlah... atau next month... nak buat suprise untuk bak.. sy mewarisi sikap bak sy.. suka berbual... hehehe.. bak hensem tau.. hidung dia mancung... lyn jer yg ikut hidung bak... hehehe.. untung mak dpt bak.. heheheheh...

buat farah & bak, happy birthday.. maafkan fadi kalau ada buat silap dgn bak selama ni.. fadi syg dua2.. for farah.. jgn asik bercinta aje... belajar rajin2... sampai dpt degree n boleh kerja bantu famili ok.. fadi hadiahkan beautiful poem la dulu buat bak n farah ye... hadiah secara fizikal nanti dululah...

Every Year On Your Birthday

Every year, on your birthday,
I think about how glad I am
that you were born,how thankful I am
to have you in my life
Every year is another year
filled with the special joys you bring
just by being yourself
Every year,
when you open your birthday gifts
realize what a gift you are
to everyone who knows you
especially me
Happy Birthday!
By Joanna Fuchs

p/s : takdelah gmbar farah n bak untuk diattach... nak copy dlm friendster.. friendster hang pulak.. oklah.. maybe next time...

sekian.. fadroy...

Sunday, July 4, 2010

S.u. d.a.h. k.a.w.i.n!

Salam..

Su dah kawin! Alhamdulillah.. Semoga berbahagia hendaknya bersama suami tercenta... Gmbar akan diupload kemudian sekiranya ada masa..

Thursday, July 1, 2010

J.u.s.t S.m.i.l.e. (笑顔)

Salam
Sy kembali lagi.. Dengan senyuman yg mekar di bibir sy (hehehe).. Yesterday, I got sms from one of my besties, 'Tora'... She said "Wah nuk, dah ada blog skrg.. Keep updating... aku suka baca blog kau... Sukalah bahasa n perkataan yg kau guna"... Wah terharunya... Sy bukanlah pakar bahasa yang hebat.. Blog ini sekadar coretan yg dtg tulus dpd hati dan fikiran sy yg suci murni ini... Thank you Tora for your sms yesterday.. Balik rumah, sy berbual dgn housemate "dayah"... bercerita mengenai compliment yg tora expresskan kpd sy... respond dayah "Fad, awat letak lagu ais kacang dlm blog kau tu? Sbg seorang yg terlibat dlm analitical n research field.. letaklah sesuatu yg ilmiah sikit... mcm ceritalah psl bangunan2 di dunia ke... tak pun resepi kau"... Sorylah dayah... benda2 tu tak terlintas pun dlm fikiran dan hatiku ini... tp hari ini sy nak share psl sesuatu yg ilmiah la juga .. sesuatu yg mudah, senang utk dilakukan tp tak ramai yang buat... smile (english language), senyum (bahasa melayu) dan 笑顔 (japanese word)..

Senyum... kita tak boleh nak paksa org senyum kan? kita tahu org tu senyum dgn kita dgn lirikan matanya walaupun tiada gerakan pun pada bibirnya ketika dia tersenyum... Senyum itu mudah... Even dengan satu senyuman, 2 jiwa boleh menjadi satu.. betul tak? Sy mudah untuk tersenyum.. (mungkin mengikut perangai ayah sy yg juga suka tersenyum)... even dengan sesiapa sahaja kerana bagi sy, hanya senyuman yg mampu sy berikan sebagai penawar dan sedekah... Kdg2 sy tak fhm kenapa ada org yg sukar utk membls senyuman org lain... Tp kita fikirlah secara positif.. Mungkin dia dalam dilema atau masalah... tp apa yg pasti kwn2, senyumlah kerana ianya bukan sahaja akan menceriakan hari kalian tetapi orang di sekeliling kita...

Even binatang pun pandai tersenyum kan?
Dengan senyuman, terjalinlah ikatan.. Alahai... senyuman itu indah bukan?...
Lirikan mata tanda senyuman...
Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Sekian, ... fadroy...

Wednesday, June 30, 2010

L.a.g.u. A.i.s. K.a.c.a.n.g (ピーナッツ氷)


Salam..

Kembali kali kedua buat hari ini setelah diri dilanda tekanan.. Tekanan ke? Ntahlah.. Hehehe.. Ok.. Korang pernah tak dengar lagu Ais Kacang... Lagu masa sekolah darjah satu untuk mata pelajaran Muzik.. Segar lagi di ingatan sy... Dulu cikgu muzik sekolah darjah satu ajar kitorang nyanyi lagu ni sambil tu suruh kitorang reka gaya lagi.. Apalagi bergaya sakan la sy sambil nyanyi lagu ni... Pastu ada pertandingan nyanyi lagu ni sambil buat gaya.. kumpulan sy dapat no 1...
Lirik lagu ais kacang...

Ais kacang, ais ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang dipinta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna..
Campur semua
Enak rasanya
Kegemaran kita semua
p/s : nanti nak buat business ais kacang la kat kampung... boleh mkn ari2.. lagi2 ais kacang yg ada ice cream atas dia tu... sedapnye...ayip blh tlg jg gerai... hehehe ...
sekian,
fadroy

Tuesday, June 29, 2010

K.e.k.a.l.a.h.a.n J.e.p.u.n



Salam..

Japan gagal mara untuk next round in World Cup 2010.. Sayu pulak rasanya.. Japan membawa harapan Asia tetapi akhirnya kecundang dek tendangan penalti... takpelah... at least they had try their best... tak tahu nak sokong mana pulak skrg...
sekian,
fadroy

Sunday, June 27, 2010

M.i.s.s.i.n.g

Salam..

Rindu gila kat budak 3 orang ni...
1. Cahaya - dah sekolah tadika dah

2. Syafiq - Sekolah darjah 2.. perasan muka mcm zack zaidi..

3. Siti- Sekolah darjah 5... tak perasan mcm siti...

They used to be my 'adik angkat' tp sekarang sumenye dah sekolah...dah jrg dah jumpa dah...Bawah ni gambar2 dorang...


Gambar cahaya masa baru pandai berjalan.. syafiq tolong tatihkan..
Gambar cahaya umur setahun..

Cahaya dah umur 4 tahun...
siti, Syafiq & cahaya...
p/s : Kak fadi doakan agar semua adik2 angkat kak fadi ni rajin belajar dan jadi manusia yang berguna... jgn manja2 ...

Thursday, June 24, 2010

T.h.e R.o.a.d N.o.t T.a.k.e.n (道はとらなかった)


Salam..
Getting back after almost a week busy dgn kerja office.. Jam sekarang dah pukul 6.00 petang.. So nak rest sekejap and nak share my thought of something... Pernah tak korang baca satu poem yg bertajuk "The road not Taken" by Robert Frost (1920)... This is the poem...

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
This poem is regarding an individu that face two choices in his / her life... And he / she end up by taking the choices that people rarely took... Sy selalu menghadapi 2 pilihan dlm menjalani hidup ni... Tp yg paling significant is masa nak membuat pilihan kerjaya saya... Tersepit antara kerjaya idaman dan harapan keluarga especially mak sy... And I end up by following my mum's word... InsyaAllah ada hikmahnya ikut ckp mak kan?.. Morale of the story, kehidupan tanpa pilihan tiada cabarannya... Membuat keputusan dengan pelbagai pilihan membuatkan kita kreatif, lebih tabah dan analitical... Membuatkan minda kita berfikir keluar dar kotak dan menuntut kita membuat beberapa kajian... So, harap-harap after this, sy tidak lagi berhadapan pilihan-pilihan yg sukar dlm hidup ini..

Fad Roy..

Wednesday, June 16, 2010

S.u.e. P.a.r.t. 1.


Salam...

I am back after 4 days having 'vacation' at Gua Musang... Berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan di samping pengalaman yang tidak mungkin ku lupakan hingga akhir hayat.. Pengalaman tersebut akan ku tulis apabila masa mengizinkan.. Plan nak tulis dlm blog hari ni tp kerja amatlah byk sehingga tgk2 jam dah masa nak balik rupanya.... InsyaAllah akan ku update blog ku mengenai pengalaman di Gua musang esok... tp hari ni nak ceritalah psl sue, my besties yang akan kahwin next month...

aku kenal sue masa first day masuk opis... actually masa ptd unggul pun aku tak cam sgt dia ni... tp bila dah dpt tahu posting order di jpm dan kami dipoolkan di blok b8, baru aku cam dia ni... muka sue mcm fasha sandha.. serius... ramai yang asik salah org antara fasha n sue tp sue rendah sikit...

p/s : alamak sue dah panggil untuk balik... mlm ni tdo umah dia sbb nak tlg dia wat hantaran... to be continued tomorrow...





Tuesday, June 8, 2010

M.a.k.


Salam,


Missing my family which is far from me.. 300 km away..


Pagi2 lagi mak dah call, tanya khabar n bg nasihat on one important things... baik mak... fadi ikut ckp mak ok... fadi fhm perasaan mak... fadi cuba yang terbaik ye mak...


Sy nak sgt bahagiakan ibu sy... ibu sy ialah segala-galanya bg sy... sy nak buat apa jer yg boleh untuk bahagiakan mak... mak sy sentiasa di samping sy walaupun tidak secara fizikal... adik2 selalu ckp mak syg sy lebih... bg sy tak.. mak syg semua anak2 mak.. tp sy yg paling rapat dgn mak... share everything dgn mak... ingat lagi sekolah dulu, mak hari2 msk untuk breakfast n hari2 lah sy bwk bekal sekolah.. sy jer yg bwk sebab sy appreciate everything yg msk... adik2 jrg bwk.. ada jer alasan dorang... susah nak bwk la , itulah, inilah.... mak buat sarapan hari2 without fail seawal jam 6.30 pagi... at least lempeng... bila sy masuk uitm for diploma, mak jarang buat breakfast... adik kata mak selalu termenung bila sy baru2 msk uitm... mak teringatkan sy... yelah sy tak pernah keluar dr rumah until form 5.... smpai skang mak akan bwkkan sy bekal especially bila sy balik dr hometown ke kl..

sy nak sgt bagi apa yg mak nak.. sy akan cuba untuk dapatkan apa yg mak nak...walaupun seribu satu pengorbanan sy pd mak, ia masih tak boleh nak bls kebaikan mak pd sy.. insyaAllah selagi nyawa sy ada, sy akan buat apa jer untuk mak sy..


happy birthday yg ke 54 mak pd 12 Jun 2010 ni..


p/s: fadi tak boleh balik... fadi kene berjuang untuk negara...

Sunday, June 6, 2010

M.e.e.t.i.n.g S.o.m.e.o.n.e S.p.e.c.i.al


Salam..

I am back after 2 days holiday... many things happened in that 2 days... Friday night, i got invitation for a mother's day celebration from puan norelan... tq puan norelan for a very beautiful night and dinner... puan norelan is one of my besties in puspanita... pergi ke dinner tersebut dengan my besties, sue.. so maybe this is the last dinner with sue because sue will be a someone's wife next month.. tema mlm tu anggun tp sy rasa sue jer yg anggun..sy pakai baju opis jer.. hanya selendang jer yg vouge... tu pun pinjam dr dayah..

Sesampai jer kat dinner tersebut, kami disambut dgn penuh mesra oleh puan norelan.. puan norelan ajak kitorang duduk semeja dgn kwn2 dia... kami diperkenalkan oleh kwn2 dia yg memang kami pun tak pernah jumpa sebelum ni... bila sy n sue took a seat, sy rasa something different.. bila sy amati member puan norelan yg duduk sebelah sy ni,sy rasa mcm familiar... rupanya dia adalah miss aizan sofia.. before this,sy hanya dgr n baca cerita dia dlm magazine n paper... tentang cerita ketabahan dia... masa dpa hari tu, sidang khadz ada buat event MAKNA n aizan is one of the speaker.. so, sy mengambil peluang pd mlm itu untuk berbual panjang dgn beliau... psl career, life, lifestyle, famili n even psl life partner.. she is single... she will be fly to scotland to pursue her phd... umur 27 thn dah dpt peluang smbung phd.. kagumnya kat aizan... on that night, aizan dedicated his mother's day speech to her mother.. berjurai2 air mata sy mendgr ucapan tersebut.. sy hanya membayangkan adakah sy sekuat atau setabah dia dlm menghadapi pelbagai dugaan hidup... before this aizan suffered from cancer and Alhamdulillah after 10 years, dia dah bebas dr penyakit tersebut...

Mlm itu sungguh bermakna.. selain dpt kenal dgn aizan, sy dpt hadiah yg begitu bermakna sekali.. 12 piece dessert cup... sy n dayah merasmikannya mlm keesokkannya dgn membuat 'banana split' versi kami... aizan, hope that you will happy in your life journey...

Mlm Sabtunya, sy gembira lagi... tidur sy diulit mimpi indah...

Wednesday, May 26, 2010

F.i.r.s.t A.t.t.e.m.p.t


Bismmilahirahmanirrahim..


This is my first post for my blog.. Actually hati ku keriangan sejak akhir-akhir ni... Keriangan bercampur dengan debaran... Aku selalu berharap agar malam berlalu dengan pantas supaya pagi dapat muncul dengan cepatnya... Semoga apa yang aku harapkan menjadi kenyataan... InsyaAllah..