Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 29, 2010

T.a.h.n.i.a.h. S.a.z.a.


Salam...
Saya kembali lagi setelah lama sibuk dengan rutin dan kerjaya... ada berita baik!!.. kawan baik sy telah selamat melahirkan anaknya... Alhamdulillah.. sazaizah abu bakar namanya... dia telah selamat melahirkan anak sulungnya .. lelaki.. pada 27.7.2010.. saya kenal sazaizah masa semester kedua diploma di Uitm segamat.. kami sekepala... dia seorang rakan dan pendengar yg baik... perkenalan kami juga unik.. bertemu semasa di surau... tu yang kekal smpai skang..hehehe.. sy menjadi pengapitnya ketika dia naik pelamin tau... so, lepas ni sazaizah lah kene jadi pengapit sy kalau sy naik pelamin?? InsyaAllah... gambar di atas ialah ketika saza naik pelamin bersama sy, zuryn dan imah

Kepada sazaizah yang kusayangi... tahniah.. semoga saza menjadi ibu yang mithali dan mendapat anak yang soleh di samping keluarga yang bahagia.. fadi mendoakannya.. doakan fadi juga ye saza... Amin..
p/s :sorry fadi tak dpt tgk saza skang ni... insyaAllah nanti fadi pg dgn imah, zuryn , zizie..

Friday, July 23, 2010

P.a.r.e.n.t.i.n.g S.k.i.l.l : N.a.n.n.y 9.1.1.

Salam..

Parenting skill? Yes.. Parenting skill!!!.. everyone needs parenting skill without any exception... jd, sebagai permulaan tgklah cerita nanny 911... cerita ni reveal every words and phrases in parenting dictionary... every friday, 8.30 pm at channel ntv7... tak rugi tgk... meskipun kita belum ada anak lg... boleh dijadikan bekalan di masa hadapan... hehehe...these 3 cute women is very talented and well trained to handle all kind of children..
happy watching...
sekian.. fadroy...

Sunday, July 18, 2010

T.a.h.n.i.a.h. P.o.j.a.n & M.i.l.a.h & U.m & F.a.h.m.i !!

Salam..

Congratulation to Fauzan Amin bin Misnun dan pasangannya Wan Nur Azila (Milah) kerana telah selamat mendirikan rumah tangga yang bahagia pada 17 Julai 2010 yang lalu... Fauzan is my batchmate (kitorang ada 10 orang) yg sama masuk JPM... kiranya sekarang ni 9 dah selamat dah.. tinggal seorang jelah ye... ???

dan

Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Um liyana dan pasangannya Fahmi kerana telah selamat mengikat pertunangan yang suci murni pada 17 Julai 2010 yang lalu... Um is my batchmate tp different ministry... Um ni juga ialah rakan satu interview masa nak apply jd lecturer uitm dulu... hehehe... kelakar bila ingat masa interview tu.. hehehe.. and also Johorian like me...

Tahniah for both of the couple... So, who is next??

Sunday, July 11, 2010

S.h.e.i.l.a M.a.j.i.d - A.w.e.s.o.m.e !


Salam..
Sy peminat setia Sheila Majid.. Sy ada koleksi cd dan kaset Sheila... Kebanyakan lagu-lagu dia pun sy suka... Tp lagu yg paling sy suka ialah "Cobalah bertahan"... Semalam baru sy dapat tahu rupanya ada concert sheila majid kat angkasapuri this coming friday nite (16 July 2010) ...seronoknya... tp last-last minit mcmni ada lagi kah tiketnya?? lagi2 artis undangannya anuar zain... haruslah ramai yg mencari tiketnya... tp sy dah minta officemate ambilkan tiket kat angkasapuri... harap2 adalah... frust sy kalau sy gagal dpt tiketnya... gamaknya mlm 16.7.2010 tu nanti ada yg menangis dlm bilik smbil dgr cd n kaset sheila majid...
Sy tinggalkan di sini lirik lagu "Cobalah Bertahan" yg amat sy minati... Cobalah Bertahan merupakan sebuah lagu yang mengambarkan kegigihan dalam mempertahankan keutuhan sebuah perhubungan. Perhubungan dlm konteks lagu ni bukan sekadar perhubungan with 'significant others' tetapi perhubungan antara kawan2 dan sesiapa sahaja tau.. Sheila berjaya menyanyikan lagu ini dengan baik. Saya kira lagu ini lebih santai dan strings menjadikan lagu ini lebih sedap didengar. Saya tertarik dengan lirik lagu ini yang lebih positif dan menerapkan unsur kasih-sayang yang cuba dipertahankan.
Cobalah bertahan by Sheila Majid

Lihat dan pandangi disana
Sepasang merpati terbang
Bercengkrama diatas ombak
Birunya lautan

Lihat jua dan renungkanlah
Kumbang setia pada mawar
Walaupun tertusuk durinya
Tak pernah menyerang

Reff:
Yang kuinginkan
Kita berdua
Saling menjaga
Semua yang ada
Meski ku tahu
Tak mungkin s’lalu sama

Perbedaannya kelak ada
Tak mungkin hilang
Sekejab mata
Coba bertahan
Bertahanlah sayang

Lihat dan pandangi disana
Sepasang merpati terbang
Bercengkrama diatas ombak
Birunya lautan
(Lagu & Lirik oleh Icha Jikustik)
Sekian.. fadroy...

Friday, July 9, 2010

R.i.l.e.x.

Salam..

Need a vacation to Johor Bahru to release all my stress...

Wednesday, July 7, 2010

S.p.e.c.i.a.l D.e.d.i.c.a.t.i.o.n f.o.r F.a.r.a.h & B.a.k

Salam...

Happy Birthday to Farah & Bak... Farah celebrate her 23rd birthday today (8 July 2010) and bak celebrated his 58th birthday on 6 July 2010... Harap-harap keduanya happy n diredhai oleh Allah swt...

Farah ni degil sikit.. Adik kedua daripada 5 org adik beradik selepas saya... Beza umur sy dan dia 4 tahun... tp dia nampak matured n lebih tua dari umur dia... dulu kalau masa kecil2, kalau kene rotan dgn bak, sy sembunyi belakang dia.. hehehe.. sy ni kakak tp sy lindung belakang adik.. apalah? hehehe.. dia ni kuat dpd sy... tp sy lagi rajin belajar.. hehehehe.. n farah ni suka pau sy topup... takpelah... tp dia ni baik hati.. kalau dia ada duit dia akan belanja org2 kaw-kaw punya... tp kalau dia sengkek... kakak sulungnya yg comel itu akan dicarinya... dia ni buat kerja rumah malas sikit tp bab2 masak dia rajin... sedap dia masak... tp bila nak mengemas after msk tu, dia liat sgt.. belajar pun sama... mls nak belajar... tp dia cpt tangkap apa yg dia blajar... ingat lagi masa dia nak amik spm... esok nak spm baru study.. pukul 12 tgh mlm br abis cover form 4 punya topic n dia rileks ajer... dia ni kaki shopping.. kasut n baju dia sume branded.. "MNG" cardigan tu belambak2.. patutlah slalu minta duit kak dia yg cute tu.. buat shopping ye.. kakak dia nak beli brg pun pusing kedai 2 3 kali tau... kasut dia jgn ckplah.. sume yg selesa2.. takpelah... siapa tak nak keselesaan kan? farah ada byk strength yg sy tiada.. farah seorang yg rileks n tak gabra... sy tiada sifat sebegitu... sy ni pemikir orgnya... lagi satu farah ni kurus... sy bukan tiada strength sebegitu tp belum lagi masanya agaknya.. hehehe.. kurus itu menawan kan?? tp sy ada satu strength yg farah tiada... farah boros dan sy tidak...

kita cite psl bak pulak.. bak garang orgnya tp hati dia lembut.. byk berkorban untuk anak2... dulu kecik2 kalau ada silap, dia akan bg nasihat tp kalau dah nasihat pun x mkn juga.. apalagi sebat la jwbnya... hehehehe.. tp sy memang degil masa kecik2 dulu... masa kecik2 bak selalu teman kitorang adik beradik belajar.. ingat lagi kenangan belajar dgn bak kat meja makan... bak tgk kitorang belajar n check kerja sekolah kitorang.. kenangan blajar kat meja makan kekal smpai skang... dulu masa sy nak beli meja mkn pun sy beli yg 6 seat rather than 4 seat (housemate masa tu ada 3 org jer-agak tak berbaloi kalau beli 6 seat)... sebab teringat blajar kat meja mkn dgn bak n farah... seronoklah suasana tu...sy ckp dgn min - ex housmate sy.. meja mkn 6 seat ni boleh sy gunakan untuk ajar n teman anak2 sy buat kerja sekolah nanti... bak ajar semua subject sekolah rendah masa tu kecuali lukisan.. hehehe... lukisan mak sy yg ajar... ops bukan ajar, tp buatkan.. hehehe.. bak ada inisiatif untuk ajar kitorang... bak belikan buku-buku latihan dari bookstore n jadikan buku2 latihan sbg exam untuk kitorang.. siap mcm kat sekolah lagi.. siap ikut timing lagi... teringat zaman balajar dgn bak... pernah satu hari tu, sy dpt markah 66% untuk subject math standard 4.. sy tak beri bak tgk tp sy sembunyi bawah almari.. bak dpt jumpa!...apalagi kene sebatlah sy.. bukan sbb dapt markah rendah tp sy dihukum kerana sy cuba tipu bak... cuba menyembunyikan kebenaran dr ayah sy... dulu bak aktif masa dia muda... aktif maksudnya suka spend time masa dgn kitorang... ajak berkelahlah, shoppinglah.. tp sejak dah berumur ni bak tak suka jalan sgt... bak pun dah tak byk ckp dgn anak2 skrg (walau pd hakikatnya bak suka berckp)... mungkin bak dah penat agaknya... plan nak jumpa bak n famili this monthlah... atau next month... nak buat suprise untuk bak.. sy mewarisi sikap bak sy.. suka berbual... hehehe.. bak hensem tau.. hidung dia mancung... lyn jer yg ikut hidung bak... hehehe.. untung mak dpt bak.. heheheheh...

buat farah & bak, happy birthday.. maafkan fadi kalau ada buat silap dgn bak selama ni.. fadi syg dua2.. for farah.. jgn asik bercinta aje... belajar rajin2... sampai dpt degree n boleh kerja bantu famili ok.. fadi hadiahkan beautiful poem la dulu buat bak n farah ye... hadiah secara fizikal nanti dululah...

Every Year On Your Birthday

Every year, on your birthday,
I think about how glad I am
that you were born,how thankful I am
to have you in my life
Every year is another year
filled with the special joys you bring
just by being yourself
Every year,
when you open your birthday gifts
realize what a gift you are
to everyone who knows you
especially me
Happy Birthday!
By Joanna Fuchs

p/s : takdelah gmbar farah n bak untuk diattach... nak copy dlm friendster.. friendster hang pulak.. oklah.. maybe next time...

sekian.. fadroy...

Sunday, July 4, 2010

S.u. d.a.h. k.a.w.i.n!

Salam..

Su dah kawin! Alhamdulillah.. Semoga berbahagia hendaknya bersama suami tercenta... Gmbar akan diupload kemudian sekiranya ada masa..

Thursday, July 1, 2010

J.u.s.t S.m.i.l.e. (笑顔)

Salam
Sy kembali lagi.. Dengan senyuman yg mekar di bibir sy (hehehe).. Yesterday, I got sms from one of my besties, 'Tora'... She said "Wah nuk, dah ada blog skrg.. Keep updating... aku suka baca blog kau... Sukalah bahasa n perkataan yg kau guna"... Wah terharunya... Sy bukanlah pakar bahasa yang hebat.. Blog ini sekadar coretan yg dtg tulus dpd hati dan fikiran sy yg suci murni ini... Thank you Tora for your sms yesterday.. Balik rumah, sy berbual dgn housemate "dayah"... bercerita mengenai compliment yg tora expresskan kpd sy... respond dayah "Fad, awat letak lagu ais kacang dlm blog kau tu? Sbg seorang yg terlibat dlm analitical n research field.. letaklah sesuatu yg ilmiah sikit... mcm ceritalah psl bangunan2 di dunia ke... tak pun resepi kau"... Sorylah dayah... benda2 tu tak terlintas pun dlm fikiran dan hatiku ini... tp hari ini sy nak share psl sesuatu yg ilmiah la juga .. sesuatu yg mudah, senang utk dilakukan tp tak ramai yang buat... smile (english language), senyum (bahasa melayu) dan 笑顔 (japanese word)..

Senyum... kita tak boleh nak paksa org senyum kan? kita tahu org tu senyum dgn kita dgn lirikan matanya walaupun tiada gerakan pun pada bibirnya ketika dia tersenyum... Senyum itu mudah... Even dengan satu senyuman, 2 jiwa boleh menjadi satu.. betul tak? Sy mudah untuk tersenyum.. (mungkin mengikut perangai ayah sy yg juga suka tersenyum)... even dengan sesiapa sahaja kerana bagi sy, hanya senyuman yg mampu sy berikan sebagai penawar dan sedekah... Kdg2 sy tak fhm kenapa ada org yg sukar utk membls senyuman org lain... Tp kita fikirlah secara positif.. Mungkin dia dalam dilema atau masalah... tp apa yg pasti kwn2, senyumlah kerana ianya bukan sahaja akan menceriakan hari kalian tetapi orang di sekeliling kita...

Even binatang pun pandai tersenyum kan?
Dengan senyuman, terjalinlah ikatan.. Alahai... senyuman itu indah bukan?...
Lirikan mata tanda senyuman...
Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Sekian, ... fadroy...