Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label my thought. Show all posts
Showing posts with label my thought. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

R.a.m.a.d.h.a.n D.a.t.a.n.g. L.a.g.i


Salam...

Salam Ramadhan buat kwn2.. Bygkan sekiranya Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir untuk kita? Semoga kita menggunakan Ramadhan tahun ini untuk beribadat kepada Yang Maha Esa... Pohonlah apa saja yang kita hajati kepada Yang Maha Esa dengan hati yang ikhlas.... Semoga hajat kita diperkenankan olehNya.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
p/s : Rindunya nak menyambut Ramadhan bersama famili di kampung..
sekian... fadroy...

Sunday, August 8, 2010

I'm. W.e.a.r.i.n.g G.l.a.s.s.e.s?

Salam

Sy akan memakai kaca mata... Mahu tidak mahu sy kene pakai juga.. Mata sy semakin tidak nampak sejak akhir-akhir ni.... Sebelum ni, sy tahu sy rabun tetapi sy degilkan diri sy untuk tidak memakai kaca mata... Sy rasa lain la pakai kaca mata... Dulu masa kecil, sy nak sgt pakai kaca mata... Yelah, org berkaca mata nampak bijak kan? Itulah kenyataannya.. Tgklah PM-PM kita, most of them pakai kaca mata... Allah dah makbulkan keinginan sy sekarang ni.. Tp smlm bila buat kaca mata, lebih 20 frame sy try, semua nmpak x kene bg sy.. sy nmpak tua la pakai kaca mata.... lastly, sy pilih kaca mata POLO.. harga ok... takla mahal sgt... kata tauke kedai tu, rabun saya nampak serius... lagi serius kalau tak pakai kaca mata... lps ni tudung nmpak kemot.. tak la melengkung cantik seperti skang ni... lepas buat cermin mata tu, sy asik tgk org yg pakai kaca mata yg ada di sekekliling sy.. dorang nmpak ok jer.. sesuai jer kaca mata dgn dorang... mungkin ini agaknya perasaan org yg pertama kali memakai kaca mata... so, dengan pemakaian kaca mata ni, officially sy ialah org ke-empat yg memakai kaca mata selepas 3 adik perempuan sy...
sekian, ....fadroy...

Thursday, July 1, 2010

J.u.s.t S.m.i.l.e. (笑顔)

Salam
Sy kembali lagi.. Dengan senyuman yg mekar di bibir sy (hehehe).. Yesterday, I got sms from one of my besties, 'Tora'... She said "Wah nuk, dah ada blog skrg.. Keep updating... aku suka baca blog kau... Sukalah bahasa n perkataan yg kau guna"... Wah terharunya... Sy bukanlah pakar bahasa yang hebat.. Blog ini sekadar coretan yg dtg tulus dpd hati dan fikiran sy yg suci murni ini... Thank you Tora for your sms yesterday.. Balik rumah, sy berbual dgn housemate "dayah"... bercerita mengenai compliment yg tora expresskan kpd sy... respond dayah "Fad, awat letak lagu ais kacang dlm blog kau tu? Sbg seorang yg terlibat dlm analitical n research field.. letaklah sesuatu yg ilmiah sikit... mcm ceritalah psl bangunan2 di dunia ke... tak pun resepi kau"... Sorylah dayah... benda2 tu tak terlintas pun dlm fikiran dan hatiku ini... tp hari ini sy nak share psl sesuatu yg ilmiah la juga .. sesuatu yg mudah, senang utk dilakukan tp tak ramai yang buat... smile (english language), senyum (bahasa melayu) dan 笑顔 (japanese word)..

Senyum... kita tak boleh nak paksa org senyum kan? kita tahu org tu senyum dgn kita dgn lirikan matanya walaupun tiada gerakan pun pada bibirnya ketika dia tersenyum... Senyum itu mudah... Even dengan satu senyuman, 2 jiwa boleh menjadi satu.. betul tak? Sy mudah untuk tersenyum.. (mungkin mengikut perangai ayah sy yg juga suka tersenyum)... even dengan sesiapa sahaja kerana bagi sy, hanya senyuman yg mampu sy berikan sebagai penawar dan sedekah... Kdg2 sy tak fhm kenapa ada org yg sukar utk membls senyuman org lain... Tp kita fikirlah secara positif.. Mungkin dia dalam dilema atau masalah... tp apa yg pasti kwn2, senyumlah kerana ianya bukan sahaja akan menceriakan hari kalian tetapi orang di sekeliling kita...

Even binatang pun pandai tersenyum kan?
Dengan senyuman, terjalinlah ikatan.. Alahai... senyuman itu indah bukan?...
Lirikan mata tanda senyuman...
Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Sekian, ... fadroy...